Apa itu BMR dan DCR?

Sunday 8 April 2012 | 2 comments


Assalammualikum..
Untung kan kalau ada kawan-kawan yang sanggup memberi kata semangat di kala kita memerlukan. hee.. Apa kena lah entri kali ni dengan kawan-kawan? Kelab Diet Online amat mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli baru. Sesiapa yang nak join boleh lah tekan link di atas tu ok? Sentiasa ada ilmu-ilmu baru yang kadang-kadang kita nak kurus, tapi kita tak tahu pun ia PENTING! Apa yang Muna nak kongsikan hari ini adalah mengenai BMR? Adoi.. mula-mula dengar Muna dah pelik dah. Apa benda tu? Tanya lah kat Abang Bicikut tu hah. Dia suruh google. Muna pun google lah. Teruskan pembacaan anda ya?

Kalori, BMR dan DCR

Mungkin ramai yang tak tahu, atau bingung, apabila mendengar istilah KALORI ini. Tak kurang juga yang berkata, “Eh, maaf encik ejoy. saya bukan science student, saya budak art“. Walhal, istilah ini telah wujud di sekeliling kita sedari kita kecil lagi. Coklat, keropok, dan gula-gula yang kita beli masa kecil dahulu semua tercatat nilai kalori pada bungkusannya. Roti yang kita makan hari-hari, susu kotak yang kita minum hari-hari, semua tercatat nilai kalori pada belakang setiap bungkusan.

Tapi tidak ramai sebenarnya yang endah, apatah lagi membelek dan meneliti apa sebenarnya yang tertulis pada ruangan “Fakta Makanan/Maklumat Makanan/Nutritional Value” itu. Sulit sangat ke untuk memahami kalori ini? Tidak. Tidak sama sekali sulit. Dan jangan bimbang, akan ku bimbing korang semua, satu persatu, bermula pada entri ini, untuk mengenali kalori dan konsep-konsepnya… Selamat Datang ke dunia Kalori!

Kalori ialah suatu unit tenaga. Nilai kalori dalam sesebuah makanan wujud kerana kehadiran 3 unsur macronutrient, iaitu Karbohidrat (Carbohydrate), Protein dan Lemak (Fat). 1g Karbohidrat bersamaan dengan 4kcal, 1g Protein bersamaan dengan 4kcal, manakala 1g Lemak bersamaan dengan 9kcal. Sebagai contoh, sekiranya makanan A mengandungi 10g karbohidrat, 10g protein dan 10g lemak, maka jumlah kalori dalam makanan A ialah:

(10g x 4) + (10g x 4) + (10g x 9) = 170kcal (90kcal dari lemak)

Setiap pekerjaan yang kita lakukan sehari-hari memerlukan tenaga, dan tenaga ini disukat juga menggunakan unit kalori. Sebagai contoh, seseorang akan menggunakan (membakar) 70kcal apabila berjalan selama 30 minit, dan 110kcal apabila mengemas rumah selama 30 minit. Ketika tidur juga kita membakar kalori untuk memastikan kita terus bernafas dan jantung kita terus-menerus mengepam darah keseluruh badan. Pendek cerita, apa sahaja yang berlaku dalam badan kita, dan apa sahaja yang kita lakukan, semuanya menggunakan kalori.

Daily Calorie Requirement (DCR)

Setiap individu mempunyai had kalori harian (Daily Calorie Requirement/DCR) yang berbeza, unik, bergantung pada faktor umur, jantina, berat, dan ketinggian seseorang. Persoalannya sekarang, bagaimana nak tahu DCR masing-masing? 

Basal Metabolic Rate (BMR)

Untuk mengetahui nilai DCR, kita terlebih dahulu perlu menentukan nilai BMR (Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori asas yang kita perlukan agar kemandirian tubuh kita berterusan (bernafas, degup jantung, proses biokimia badan), menggunakan formula Harris-Benedict seperti berikut:

  • Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)
  • Wanita: BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)

Kemudian, apabila nilai BMR sudah diperolehi, nilai tersebut hendaklah didarab dengan "faktor aktiviti" seperti berikut:

Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9


Sebagai contoh, Aminah Binti Kasim Selamat berumur 30 tahun, berketinggian 167.6 cm, dan mempunyai berat 54.5 kg. Beliau bersukan 4 kali seminggu, maka:

BMR Aminah = 655 + 523 + 302 – 141
= 1339 kcal/day

DCR Aminah = 1339 x 1.55
= 2075 kcal/day

Sekarang korang semua dah tahu apa itu kalori, dan berapa kalori yang kalian perlu makan dalam sehari. Timbul pula satu persoalan, apa kaitannya kalori dengan TURUN dan NAIK berat badan? Itu akan aku cerita lebih lanjut dalam entri yang akan datang. Sumber: sususejat.com

Okay, dah habis baca? Sekarang, pergi ambil sekeping kertas, sebatang pen/pensel dan kalkulator. (Pembaca: Muna, nak buat apa tu semua?) Nak buat apa? Haa.. cuba kira berapa DCR korang, lepas tu boleh lah share di ruang komen di bawah. Okay? Selamat mengira! Ada masalah boleh tanya. Feel free to leave your comment below. Salam

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<