Budget trip to Korea

Thursday 29 March 2012 | 1 comments


Assalammualaikum..
Entri kali ni Muna nak cerita pasal budget trip ke Korea. Muna dapat informasi ni dari blog cik Eza Boom Boom. Ada tak sesiapa yang nak pergi Korea? Takkan lah takde kut? Running Man dah femes.. takkan la takde rasa nak pergi Korea kut? hee..

Bumi Sonata (Korea) sangatlah indah (pergi baca entri kak Wawa Abdullah)! Dengan keindahan bumi Korea yang mempunyai 4 jenis musim sepanjang tahun, dan persekitaran alam sekitar yang terjaga bersih, dengan tarikan makanan (fuhh.. terliur tengok gambar sotong besar kat entri kak Wawa) dan budaya, confirm korang rasa teringin sangat nak pergi Korea tu kan? hee..

Hah?! Korang risau pasal bajet? Don't worry! wix.com telah memperkenalkan "Pakej Pelancongan Murah" (Budget Tour and Travel Guide) untuk sesiapa yang ingin bercuti ke Korea Selatan. Niat diorang ni ikhlas nak membantu korang kalau2 korang takut lost ke kat sana. Diorang akan membantu dari segi bantuan untuk komunikasi, makanan dan tempat tinggal ketika tiba di Korea nanti.

Kalau korang berminat untuk guna pakej ni, korang boleh lah emel En. Mohd Farhanudin Abu di e-melnya: giga_force42@yahoo.com. Mana Muna tahu nama dia? hee.. Muna dah e-mel dia dulu sebelum buat entri ni. Tak percaya? Tanya dia. (Lupa nak printscreen bukti!)

Pakej diorang ni takde paksa2 punya. Diorang lebih mengutamakan kebebasan dan keselesaan pengunjung di mana korang diberi pilihan untuk memilih destinasi pelancongan, dan lain-lain lagi. Ejen diorang akan berbincang dengan korang melalui e-mel tentang perkara2 seperti:
  • Jenis makanan yang anda ingin cuba (HALAL!)
  • Jenis tempat penginapan
  • Kemana anda ingin pergi (destinasi perlancongan)
  • Bajet perbelanjaan (diorang akan ikut bajet korang)
  • Lain-lain

Untuk yang beragama Islam, jangan risau. Diorang ni amatlah care pasal soal solat. Kenapa? Sebab diorang akan usahakan tempat solat yang sesuai dan selesa untuk korang.

Antara pengangkutan yang akan digunakan kereta api bawah tanah dan bas. Korang boleh guna T-money. Angan ngirau (jangan risau).. kalau kornag nak minta supaya disediakan kereta sewa, diorang boleh tolong carikan. Driver turut disediakan lagi tU!
T-money (ala-ala Touch n Go)
But, ada pro and cons. Sebagai peringatan, diorang tidak menerima kumpulan yang terdiri dari kawan-kawan yang berlainan jantina. Sedih juga Muna bila tahu yang tu sebab dah plan nak ajak parent, Ainor, Amal + Chinggu dan Idam. Kalau boleh nak ajak Deqna dengan Deqmas sekali! Macam mana ni? hurmm.. akan difikirkan kemudian..!

Berikut adalah balasan e-mel dari En. Mohd Farhanudin Abu:
Pakej untuk SEORANG selama 4h3m adalah RM 1700.00 termasuk penginapan**, pengangkutan, makan*, tiket masuk Everland. Encik bebas untuk memilih kemana encik hendak lawati. Caj tambahan untuk lebih sehari adalah RM350.00 seorang termasuk makanan, tempat tinggal & pengangkutan.

Tetapi jika kumpulan encik melebihi 3 orang, kami akan berikan diskaun, iaitu RM1350.00 untuk seorang selama 4H3M dan RM300 untuk tambahan setiap hari.

*makan adalah 2 kali sehari, dan makanan adalah berupa makanan seafood Korea. Jika terdapat permintaan ingin makanan yang lain, sila maklumkan awal-awal.
** Tempat kediaman adalah di Guest House. (Boleh ditukar mengikut keselesaan anda).

Untuk pengangkutan, kami akan menggunakan pengangkutan awam, untuk mendapatkan kos yang lebih murah. Kami boleh menyediakan kereta, tetapi kos agak mahal, memandangkan kos minyak petrol dan parking di Korea adalah sangat tinggi.

Encik juga dinasihati untuk membeli insurans perjalanan/pelancongan untuk keselamatan encik di Korea nanti. Perlu diingati disini bahawa kami adalah pelajar dan kami hanya melakukan pekerjaan ini sebagai pekerjaan sampingan. Oleh itu, jika bukan pada masa cuti, mungkin terdapat hari-hari yang kami tidak dapat sediakan tour untuk encik.

Kami juga hanya menerima kumpulan yang terdiri daripada keluarga, atau kawan-kawan sesama jantina. Kami tidak akan menerima kumpulan yang terdiri dari kawan-kawan berlainan jantina. 
*Kenapa mesti ENCIK? Muna Munie tu nama lelaki kah?

Jadual perjalanan :

Hari pertama
1.Tiba di Lapangan Terbang Incheon. (Diorang jemput!)
2. Kyongbok Palace

3. Namsan Tower

Hari kedua
1. Nami Island (tempat shooting Winter Sonata!)

2. Myeongdong (tempat shooting Princess Hours dan Boys over Flowers!) -> shopping!

3. Insadong -> souvenir! (boleh baca cerita pasal Insadong kat blog kak Biqque)

Hari ketiga
1. LotteWorld -> taman tema! wee~ (lokasi shooting Running Man episod 9)
2. Chonggye Stream

Hari keempat
1. Itaewon Muslim mosque
2. Korea War Museum

3. Pulang ke Kuala Lumpur

Okay lah, itu saja yang Encik Muna nak share. Sedar tak sedar, untuk menghasilkan entri kali ni Muna dah duduk depan laptop sejam! Untuk menulis entri ni saja! Adoi -_-" Lamanya! Entri pendek je. Ok lah, ada apa2 komen boleh komen kat bawah. Sekian saja dari Muna. Salam. 

*Jangan ragu-ragu untuk kemukakan sebarang pertanyaan di http://www.wix.com/koreabudgettrip/ntg#!


>>Older Post | Newer Posts<<