Jadual Update Google Pagerank 2012

Thursday 9 February 2012 | 0 comments


Assalammualaikum.. 
Hari ni Muna nak kongsi satu artikel mengenai Google Page Rank. Nak tahu? Teruskan pembacaan anda :)


Jadual Update Google Pagerank 2012
Google Pagerank merupakan salah satu kaedah yang diguna pakai dalam algoritma enjin carian Google. Di mana sesebuah blog atau laman yang mempunyai Google pagerank yang tinggi bakal memperolehi kelebihan untuk berada di muka pertama SERP.

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai jadual update Google pagerank 2012, mungkin juga ada yang tidak pernah memikirkan Google pagerank tersebut. Pada kebiasaannya Google akan melakukan kemaskini pagerank pada setiap 3 bulan sekali. Pada kebiasannya Google akan menilai dari segi kebaikan teknik SEO blog yang diamalkan.

Menurut sumber, jadual update Google pagerank pada tahun ini akan dijangka sebanyak 4 kali. Namum perkara yang berlaku sebelum ini, Google akan mengemaskini pagerank secara diam-diam. Mungkin awal mahupun lewat.

Bahkan pada tahun 2011 yang lalu, tidak salah saya Google mengemaskini pagerank sebanyak 5 kali iaitu 4 kali secara mayor dan sekali secara minor. Berikut adalah jadual update Google pagerank 2012

Update Google pagerank mayor-1 : 30 Januari – 2 Februari 2012
Update Google pagerank mayor-2 : 30 Jun – 2 Julai 2012
Update Google pagerank mayor-3 : 30 September – 2 Oktober 2012
Update Google pagerank mayor-4 : 31 Disember – 3 Januari 2013

Jika berpandukan jadual update Google pagerank 2012 di atas, pagerank sudah dikemaskini baru-baru ini. Tetapi kelihatan tiada apa-apa perubahan pada blog ini, bagaimana pula blog atau laman web anda? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

Kredit to : blog.mohdisa.com

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<