Cara nak dapat Buffered Earnings dan Metered Earnings

Sunday 12 February 2012 | 4 comments



Assalammualaikum..
Pagi ni Muna nak kongsi kan satu informasi berguna pasal tataletak iklan, apa itu buffered earning dan syarat2 untuk mendapatkannya. Muna terasa nak kongsikan informasi ni sebab Muna dah lama  tertanya2 apa tu BE.. selalu dengar si Lyssa Secret yang tak boleh berahsia tu cerita pasal BE. Bila lah Muna nak dapat ni. Muna punya iklan Nuffnang RM 0.00. Takde sape yang sudi nak klik iklan Muna tu. How dare you all~ :'( sobs3..


Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM. Untuk mendapat ruang Buffered Earning pada EARNINGS anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh pihak pengiklan (Advertisers) Nuffnang untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka.

Pihak pengiklan memilih blog yang mereka ingin iklankan untuk kempen CPM adalah berdasarkan faktor2 seperti berikut:

Sentiasa update SURVEY NUFFNANG anda
Disebabkan pihak pengiklan (Advertiser) sentiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang survey yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, survey tersebut berfungsi untuk Advertisers Nuffnang mengenali isi kandungan blog bloggers Nuffie dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang survey selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers Nuffnang kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengemaskini laman survey anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh pihak Advertisers Nuffnang.

PENEMPATAN IKLAN NUFFNANG
Penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pihak pengiklan telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

STATUS GLITTERATI
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana pihak pengiklan lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah Nuffnang untuk Bloggers Nuffnang yang paling setia dengan mereka. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada pihak pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul dan lain-lain. Jika nasib menyebelahi anda dan pihak pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Labels: , ,



>>Older Post | Newer Posts<<