Cara naikkan Alexa Ranking

Thursday 9 February 2012 | 2 comments


Assalammualaikum..
Semalam, dengan lajunya Muna mengupdate entri blog tentang Google Page Rank Blog Celoteh Muna yang naik ke PR1.. tapi, hari ni Muna dengan lemah lembutnya menaip entri Alexa Ranking Blog Celoteh Muna yang dah jatuh. sobs3.. Jadi, berbekalkan semangat yang jitu, Muna pun search la entri yang berkaitan untuk naikkan Alexa Ranking blog. Jadi, entri kali ini khas untuk para blogger yang suam-suam kuku seperti saya yang merangkak sesekali tersembam untuk terus berusaha meningkatkan prestasi blog masing2.. hee.. 


Tips dan Cara Naikkan Alexa Ranking
  1. Daftarkan diri di alexa.com dan ikut step yang ada. Claim site kita dan lengkapkan maklumat pada Edit your site listing. Lengkapkan semua mengenai profile kita.
  2. Letak widget Alexa rank di blog anda. Muna dah lama letakkan widget Alexa Rank dan widget Alexa Review di sidebar. Senang je, tak susah pun! Cuma copy coding html yang diberikan dan paste kan ke blog anda. Boleh dapatkan di SINI
  3. Letakkan/install Toolbar Alexa rank pada browser yang kita guna. Muna dah buat dah. Boleh cari dekat Alexa.com
  4. Dapatkan sahabat bloggers untuk review blog kita. Kalau ada yang sudi untuk review blog Muna, Muna sangat menghargainya. Untuk memudahkan cara, biar kita buat win-win situation. Awak review saya, saya review awak. Sesiapa yang nak Muna tolong review blog dia di Alexa, review blog Muna dulu di SINI dan tinggalkan URL blog anda ok?
  5. Update blog setiap hari. Kalau boleh, satu artikel satu hari. Muna dah buat, tapi sebab Muna tak update blog hari tu sebab busy sikit, terus Alexa Ranking blog Muna jatuh.
  6. Tulis artikel mengenai Alexa. Webmaster dan blogger suka mengetahui cara-cara meningkatkan alexa-nya. Mereka akan backlink tulisan Anda dan mengirimkan trafik. Ini secara langsung meningkatkan alexa ranking blog Anda. Tips ni Muna tahu dari entri Abg Ilham blogger faveret Muna tu.
  7. Lagi tips dari Abg Ilham : Daftar di Digg atau StumbleUpon. Kedua khidmat ini boleh mengirimkan ribuan trafik bila artikel Anda tampil di halaman depan.
  8. Buat kategori Alexa di blog Anda dan gunakan ini untuk menyimpan artikel atau tips yang berkaitan dengan Alexa. Muna nak cuba lah yang ni.
  9. Optimakan popular posts Anda. Apakah Anda memiliki popular post yang konsisten menerima trafik dari search engine? Update entri tersebut dengan linkkan ke postingan Alexa.
  10. Beli iklan banner dan link dari forum. Jika iklan Anda menarik, ini akan secara signifikan meningkatkan ranking alexa Anda.
  11. Bayar pemilik cybercafe untuk install Alexa toolbar dan setkan blog Anda sebagai homepage di semua komputer yang ada di cybercafe tersebut.
  12. Rajinkan diri berblog walking. Ok, yang ini Muna ada masalah sikit. Sebab Muna tak minat sangat nak berblogwalking. Biasanya, Muna akan blogwalking ke blog readers yang komen dekat entri Muna je dan yang follow Muna. Jahat kan Muna ni? erm.. minta maaf sangat2 ya? Muna selalunya akan pergi lawat blog yang ada kat page Must View tu je. Hmm, tak apa.. lepas ni maybe boleh rajinkan diri lah.hahahaha!!!

Ok. cukup ni saja tips naikkan alexa rank yang saya belajar daripada blogger2 otai. Korang boleh mencuba tips yang ini dulu! Kita belajar sama-sama ya? hee.. Good luck!! Kalau ada tips lain mungkin korang boleh kongsikan kat ruangan komen kat bawah ni. Sekian. Salam

Labels: , , , , ,



>>Older Post | Newer Posts<<