Nak Muna review blog korang?

Wednesday 25 January 2012 | 12 comments


Assalammualaikum.. 
Muna dengan kenyang perutnya, (baru balik makan kat luar) mengumumkan Muna berbaik hati nak buang masa Muna nak review blog korang. Agak2 nya ada tak yang nak join segmen review blog ni? Erm.. Muna saja nak minta tolong.. Muna ni takdelah bagus mana nak review blog orang, tapi ada seorang blogger manes pernah komen suruh Muna kekalkan identiti pengreview blog.. hee.. Malu Muna dibuatnya! :) Ada juga yang cakap Muna punya review ohsem! hahaha.. Tergelak Muna baca komen dia :) Ye ke ni? (Please stop ok? Nanti Muna perasan!) hee.. Tak lupa pada blogger yang minta Muna review blog dia.. Nak kenal tak siapa? Teruskan pembacaan anda~

Blog akak manes ni : DiaryMayaAku
Ha.. akak ni la yang suruh Muna kekalkan identiti sebagai pengreview blog :p Sekali pandang akak ni macam Elyana sikit kan? :p Muna suka tengok gambar dalam blog ni. Semua lawa2 la. (except gambar ihsan Cik Gugel! hee..)
Blog akak ni : YaYan'sMum Jot Book
Akak ni pulak cakap Muna review ohsem! haha.. serius lawak! Apa yang ohsem ntah la.. Muna pun tak tahu :) Ada satu entri di blog akak ni yang buat Muna terasa. Kenapa? Terasa kesusahan mak ayah Muna dulu2 nak pergi belajar :( Waa.. nak nangis! Rindu mak la~! Nak baca? Kat SINI
Humble Kind Lovely

Muna suka tengok si cantik manis ni :) hee.. Lawa kan? Wanni ni salah seorang blogger yang suruh Muna review blog dia. Nanti lah Muna review okay? Muna janji. Lepas blog Amirah GF Pancake tu :)

Muna sebenarnya nak review orang boleh je, tapi Muna nak minta tolong sikit. Boleh tak tolong Muna klik iklan Nuffnang Muna kat tepi sidebar tu? Please~ Kalau dah cukup RM 5.00 baru Muna review blog orang. Agak2 ada tak yang sanggup? haha.. mesti tak ada kan? Erm.. tak pe la.. Jauh lagi perjalanan Muna sebagai blogger ni. Muna target tahun depan boleh cash out Churp Churp. Agak2 boleh ke? hee.. Tak pe la.. Mana yang Muna rajin Muna review ya? hee.. Muna sekarang menyibukkan diri dengan Running Man. Best la :) Ada tak siapa2 yang suka Running Man kat sini? Komen lah :) Ok lah, sekian saja dari Muna. Terima kasih kerana sudi membaca entri panjang berjela ni :) Salam.

*Tolong klik SINI boleh?
*SINI sekali :)

Terima kasih daun keladi, ada masa tolong lagi :)

Labels: , , , , ,



>>Older Post | Newer Posts<<